The Bride's Boutique hanya menerima tempahan Gubahan Hantaran dan Catering di sekitar Selangor (Bangi/Kajang/, Putrajaya dan Cyberjaya. Manakala Photography menerima tempahan untuk seluruh Malaysia.Harap Maklum..

Wednesday, August 21, 2013

Wang Hantaran

Siapa yang nak kahwin tuh..kena fahami dulu antara wang hantaran dan mas kahwin.
2 perkara ini adalah perkara yang berbeza.
Wang hantaran adalah salah satu perkara dalam adat istiadat melayu sahaja.
Dalam islam yang wajib itu adalah Mas Kahwin ataupun orang panggil Mahar.

Menurut undang-undang keluarga islam di Malaysia, Mahar atau mas kahwin
adalah pembayaran kahwin wajib dibayar di bawah hukum syarak oleh suami 
kepada isteri pada masa perkahwinan di akad nikahkan, sama ada berupa wang yang 
sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau
berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.

Wang hantaran pula bukan sesuatu hak mutlak sepenuhnya isteri pada neraca syarak
dan ia boleh di ambil oleh keluarga pihak isteri untuk menyelenggarakan 
majlis perkahwinan.

"keratan akhbar"

Jom tengok gubahan wang hantaran..



p/s: pemberian wang hantaran adalah mengikut kemampuan seseorang..