The Bride's Boutique hanya menerima tempahan Gubahan Hantaran dan Catering di sekitar Selangor (Bangi/Kajang/, Putrajaya dan Cyberjaya. Manakala Photography menerima tempahan untuk seluruh Malaysia.Harap Maklum..

Thursday, August 15, 2013

Sediakah kita?

Semua orang mahu kahwin..betul tak?ada sesiapa yang tidak mahu mendirikan rumahtangga..Harapnya tidak lah.. Sebelum itu mari kita lihat beberapa perkara yang penting sebelum kita membuat keputusan untuk berkahwin. 

Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud kita bukan sahaja sanggup dan telah bersedia untuk
berkongsi kasih, sayang dan cinta antara kita berdua.
Hakikatnya, kita sebenarnya berkongsi banyak aspek dalam kehidupan seharian kita.
Antaranya, wang, masa, perasaan, pendapat, harta benda, rumah, makanan dan lain-lain lagi.

Boleh Berfikiran Terbuka
Pernah dengar lagu P.Ramlee..
"sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri"
Dalam berumahtangga,tidak akan lagi dari perselisihan, jadi kita harus sentiasa 
berfikiran terbuka dan sabar. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian nyer..
Berbincanglah untuk mencari penyelesaiaan tersebut.
Jika kita seorang yang berfikiran terbuka, Insya'Allah perjalanan hidup kita
berjalan ngan lancar dan baik..

Sanggup Bertolak Ansur
Salah seorang dari suami isteri perlu bersikap tolak ansur.
kalau boleh dua-dua bertolak ansur. Buang sikap ego,selesai semua masalah..

Terima Seadanya
Zaman berkawan lain, zaman bercinta lain dan zaman rumahtangga juga lain.
Harus diingatkan kita tidak kira bakal suami atau isteri.
perlulah menerima pasangan hidup kita seadanya.
Kerana kekurangan dan kelebihan suami isteri adalah kesempurnaan antara satu sama lain.

p/s : semoga kita memperolehi pasangan yang mampu memimpi kita

No comments:

Post a Comment